Selamat hari lahir Sayang
19 April 2016
17 April 2016, dua hari sudah berlalu tarikh lahirmu itu. Jika kau masih ada, bermakna sudah 27 tahun 2 hari umurmu sayang. Tetapi, takdir Allah menetapkan kau untuk hidup cukup sehingga 26 tahun sahaja dan kau kekal 26 selamanya dalam hatiku.
Tahun lalu, kali pertama kita meraikan hari lahir kita bersama tetapi nampaknya itulah kali pertama dan terakhir. Senyummu kala itu sangat menunjukkan kebahagiaan, begitu juga aku. Tapi siapalah kita untuk menentang takdir Ilahi. Walau hatiku masih lagi menangisi kehilanganmu tetapi aku belajar untuk redha dan perlahan-lahan melepaskan kau dari dalam hatiku.
Inilah perpisahan paling lama denganmu. Dahulu, acapkali juga kau akan meluahkan perasaan rindumu dan menantikan kepulanganku dengan penuh gembira. Kini, aku memujuk hati bahawa kita bukan berpisah selamanya. Suatu hari nanti, kau akan hadir dalam bentuk yang lebih baik, baik kesihatan, baik perilaku dan baik agamamu agar dapat memimpin tanganku ke syurga bersama.
Aminnnn... Alfatihah.















