tips

Tips menabung untuk kahwin

8:20:00 PM Unknown 0 Comments


5 April 2016




Assalamualaikum, hai korang! Hari ni nak share tips perkahwinan. Aku tak tau orang lain macam mana tapi aku dengan Mr. R menabung untuk kahwin dan lepas kahwin nanti. Menabung ni bagus sebab nanti bila kahwin dah tak berhutang tupun kalau terpaksa berhutang pun dalam kadar yang kecil. Sekadar menambah je nanti. Kitorang kalau boleh memang tak mau berhutang untuk kahwin sebab nanti lepas kahwin lagi banyak akan pakai duit menurut pengalaman kawan-kawan aku yang dah kahwin.

Kitorang start menabung masa aku masuk belajar. Aku decide untuk simpan duit lepas aku dapat elaun pertama MyBrain15 tu kira-kira Januari 2013. Start menabung sikit-sikit setakat mana yang termampu. Mula-mula berat jugak rasa tapi bertahan. Mr. R lagi terasa berat sebab dia kerja. Lunch kat luar agak mahal kan. Tapi kitorang sabar alhamdulillah tak berusik lagi duit tu. Cuma aku je kadang-kadang pinjam RM100-RM200 hujung-hujung semester tapi bayar balik bila dapat elaun baru. 

Bagusnya menabung ni bila korang emergency nak pakai duit let say untuk maintenance kereta atau road tax tu, duitnya dah ada. Nanti monthly bayar lebih sikit untuk ganti balik duit yang dipinjam tu kan. Kadang-kadang rasa macam tergugat je hati bila tengok duit banyak dalam akaun. Tapi terpaksa tahan fikir masa depan. Kalau tak, memang dah rembat coach dah masa pergi SOGO hari tu. Haha. Untuk tunang pun kitorang simpan duit jugak. So, masa shopping-shopping tu duitnya dah ada dah dalam tangan. Senang tak payah nak keluar duit sendiri selambak on the spot.

Bagi yang bakal berkahwin atau takda calon lagi tapi memang akan berkahwin, macam mana nak mula menabung ni? Ok, meh aku share sikit cara-caranya.

Tentukan anggaran kos perkahwinan
Ini perkara pertama korang kena buat. Korang kena tanya family sama ada majlis berasingan atau nak adakan majlis sekali. Bagi pasangan yang jauh memang confirmlah kan buat dua majlis berasingan tapi bagi pasangan yang dekat alangkah jimatnya andai dapat berkongsi mengadakan satu majlis sahaja. Lepas korang dah decide macam mana majlis tu nanti, tanya mak ayah korang kos mengadakan majlis tersebut. Kos perkahwinan terletak kepada berapa grand majlis tu bakal diadakan. Kebiasaannya untuk satu majlis anggaran kosnya adlah RM30,000.00

Jumlah simpanan bulanan
Setelah korang mengetahui anggaran kos perkahwinan tersebut, mula mengira berapa anda mampu untuk menyimpan untuk setiap bulan. Tidak salah kiranya korang berkongsi dengan pasangan untuk menyimpan sedikit wang untuk majlis perkahwinan nanti. Sekurang-kurangnya beban tersebut tidak 100% tergalas di bahu pasangan. Lagipun lebih cepat anda kahwin sekiranya simpanan sudah mencukupi. tentukan berapa korang mampu menyimpan untuk dalam masa sebulan dan bila korang akan melangsungkan perkahwinan. Berikut adalah beberapa contoh yang korang boleh gunakan.

Anggaran kos perkahwinan : RM30,000

Cara #1: RM 500 X 2 (anda dan pasangan) x 30 bulan = RM30,000
Dengan cara ini, korang dan pasangan akan menyimpan sebanyak RM500 setiap seorang setiap bulan selama 2 tahun 6 bulan untuk mencapai RM30,000

Cara #2 : RM 600 X 2 (anda dan pasangan)  X 25 bulan = RM30,000
Dengan cara ini, korang dan pasangan harus menyimpan sebanyak RM600 setiap seorang setiap bulan selama 2 tahun dan 1 bulan untuk mencapai RM30,000. Cara ini mungkin lebih cepat tetapi simpanan adalah sedikit tinggi.

Cara #3 : RM 450 X 2 ( anda dan pasangan) X 18 bulan =  RM16,200
Cara ini lebih cepat, korang dan pasangan hanya perlu menyimpan sebanyak RM450 setiap seorang selama 18 bulan dan kos selebihnya ditanggung oleh ahli keluarga yang lain.

Tidak kira cara yang mana sekalipun, korang boleh menyimpan sekadar yang termampu. Tapi, dalam menyimpan ni kesabaran adalah perkara yang paling utama. Sebabnya, korang terpaksa mengorbankan sedikit wang gaji untuk disimpan dalam jangka masa yang lama. Lagi pula, bila duit dah beranak dalam akaun tu, korang akan diuji nafsu untuk menggunakannya. Jadi, sila bersabar ye.

Simpan dalam akaun yang susah untuk keluarkan duit
Bila korang dah niatkan untuk menyimpan, buka satu akaun untuk simpanan kahwin tersebut. Korang boleh menyimpan samada dalam ASB atau Tabung Haji yang boleh mendapat pulangan dividen dari simpanan korang tu nanti ataupun simpan dalam bank biasa. Tapi kalau korang simpan dalam bank biasa, pastikan korang pakai buku simpanan instead of kad ATM. Kalau ada kad ATM ni selalulah nanti nak keluarkan. Kalau buku simpanan still boleh keluarkan tapi leceh sikitlah. Jadi, aku galakkan korang supaya simpan dalam amanah saham macam ASB supaya duit korang terjamin.

Beristiqomah dalam menyimpan
Korang harus beristiqomah untuk simpan duit. Jangan ngelat-ngelat. Bulan ni simpan bulan depan skip. Memang kadang-kadang kita sesak tapi jangan skip simpan duit walaupun sedikit. Amalkan tabiat untuk menyimpan dan kurangkan tabiat berbelanja berlebihan. Melainkan korang terpaksa melalui kes emergency macam kereta rosak bulan tersebut atau terpaksa renew road tax. Korang kena berusaha untuk mengganti balik jumlah yang korang pinjam dari bank simpan kahwin tersebut. Ini pun untuk kebaikan korang dan pasangan masa majlis nanti. Takut bila sampai masanya, duit short gila-gila. Kan dah terpaksa tunda pulak.

Keluarkan duit sedikit demi sedikit semasa berbelanja untuk persiapan perkahwinan
Masa nak beli barang-barang persiapan mestilah rasa excited kan? Semua benda pun nak beli. Jadi, untuk menghadkan rambang mata, Keluarkan duit simpanan sedikit demi sedikit supaya korang tak terbeli barang bukan-bukan. Siapakn list dan bergantung hanya pada list tersebut semasa berbelanja. Keluarkan duit pun berdasarkan list tersebut sahaja. Korang boleh survey dahulu barang-barang apa yang penting dan harganya then baru beli. Jangan survey masa tengah bawak duit banyak sebab dikhuatiri bajet akan lari. Berbalanjalah dengan bijak ye.

Cukuplah kot setakat tu, Aku nak share pulak tips nak meningkatkan simpanan.

Tips-tips untuk meningkatkan simpanan

Kurangkan berdating
Mungkin kedengaran agak kejam tapi sekiranya korang betul-betul dah nak kahwin apa salahnya kalau kurangkan berdating. Sekali dating dah berapa banyak perbelanjaan kat situ. Makan, shopping sikit, tengok wayang, minyak kereta/motor. Kurang-kurang pun dekat RM50 hingga RM100. Kalau dah sepuluh kali dah RM500-RM1000. Banyak tu. Jadi, kurang-kurangkan dating boleh jimat dan insyaAllah bertambah seri masa majlis nanti. Hehe.

Kurangkan bershopping
Ok, yang ni kalau shoppaholic memang agak payah sikit. Sebab, dorang ni memang kaki shopping. Nampak je barang baru mesti nak beli. Jadi, apa kata korang duduk je rumah setiap weekend jangan keluar. Kalau keluar pun jangan bawak duit banyak. Dengan itu, korang tak boleh bershopping barang yang tak diperlukan.

Makan di rumah
Biasanya kalau makan kat luar, paling koman pun sekali makan RM7-RM8. Dalam sebulan mau dekat RM300. Kalau korang masak kat rumah, boleh jimat banyak sangat. Dengan RM50, korang boleh beli beras, ikan, telur, sardin dan boleh bertahan seminggu atau 2 minggu. Di samping tu, korang boleh praktis memasak berguna untuk lepas kahwin nanti tau. Haa, apa lagi, belajarlah memasak sekarang. 

Cari pendapatan sampingan
Sekarang dah ramai orang buat part time job untuk tambah pendapatan dorang. Korang pun boleh start buat bisnes korang sendiri. Cari apa-apa bisnes yang berkenan kat hati dan mula usahakannya. Korang boleh buat online bisnes atau jual secara direct. Gunakan kreativiti anda dalam berbisnes. 9?10 punca pendapatan adalah dari perniagaan. Jadi, korang boleh latih diri jadi usahawan selain menyimpan untuk kahwin. Serampang dua mata gitu. InsyaAllah, usaha korang akan diberkati jika niat baik.

Tu antara tips-tips yang korang boleh praktis sebagai guide korang supaya menabung untuk kahwin. Kenapa kena menabung? Supaya korang boleh latih diri bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Jangan amalkan bersenang-senang dahulu, jatuh lingkup di kemudian hari. Kalau korang menabung, usahakan untuk menabung sehingga selepas majlis perkahwinan. Jangan gunakan semua duit yang ada untuk majlis. Sebaiknya simpan sedikit untuk korang mulakan hidup berumah tangga nanti. Walaupun aku pun belum kahwin, tapi bila tanya experience kawan-kawan yang dah berkahwin, beberapa bulan semasa nak memulakan alam rumah tangga tu memang banyak sangat pakai duit. Silap-silap kalau tak sabar boleh bergaduh sebab duit. Jadi, mulalah menyimpan supaya senang di kemudian hari InsyaAllah. Semoga usaha kita diberkati Allah. 



*Update 5 April 2016: Post ni adalah post yang aku copy paste dari blog lama aku dulu. Sekarang semua tinggal kenangan. Mr R pun dah 7 bulan mengadap Ilahi. Alfatihah.
 photo signature_zpsmqoy68rl.jpg

You Might Also Like

0 comments: