personal

Di hari lahirku

3:47:00 PM Unknown 0 Comments


4 April 2016




1 April 2016, ya itu tarikh kelahiranku pada tahun ini. Jika dahulu, aku menanti dengan penuh keterujaan, tapi kali ini ia seperti hari-hari yang sama dalam hidup selepas dia pergi. Rasa keterujaan itu mati. Namun, mengenangkan mereka yang begitu gembira menghantar kata-kata ucapan indah di hari tersebut, aku menurut sahaja. Melayani dan membalas setiap ucapan dengan penuh senyuman terpaksa.

Tanpa sesiapa di sisi, tambahan aku jauh dari famili rasa itu makin terasa sepi. Makan pagi sendiri, makan tengah hari sendiri dan makan malam juga sendiri. Walau ramai yang mengutus ucapan di alam maya, hakikatnya aku sendiri. Tak mengapalah, umur sebegini bukan lagi waktu untuk mengharap majlis hari jadi besar-besaran tetapi apabila mengenangkan tiada sesiapa di sisi, hati ini jadi pilu namunku pendam sendiri.

Malam itu terasa lebih panjang dari kebiasaan. Ucapan yang biasa kuterima sepanjang tiga tahun lalu tak kunjung tiba. Aku sedar memang mustahil untuk aku terima mesej ucapan hari jadi daripadanya tapi hati ini sentiasa penuh dengan harapan. Jariku lantas menelek gambarnya dan tanpa kuduga, air mata mengalir laju dan semakin laju sehingga tangisan menjadi esakan. Aku tenggelam dalam kerinduan yang sangat mendalam.


Oh tuhan, tolonglah aku.. Berilah kekuatan pada hatiku agar aku redha dengan segala ketentuanMu.

 photo signature_zpsmqoy68rl.jpg

You Might Also Like

0 comments: