resepi
Resepi Oreo Ball
Bahan-bahan:
2 bungkus oreo
1/2 bekas cream cheese
1/2 plastik bar coklat masakan (ikut keperluan )
![]() |
| Oreo yang dihancurkan pakai anak lesung batu |
![]() |
| Hancurkan jadi kecil-kecil. Tak payah sampai jadi serbuk sangat |
Hancurkan biskut oreo tu. Senang kalau pakai plastik besar, 2 bungkus oreo boleh kasi pecah terus, tapi kalau takda buat sebungkus-sebungkuslah ye. Masa hancurkan jangan ganas sangat ketuk pelan-pelan pakai anak lesung batu supaya plastik tak pecah. Karang berterabur I tak tanggung. Dah hancurkan masukkan dalam mangkuk besar.
![]() |
| 1/2 bekas cream cheese je pun dah cukup |
![]() |
| Kasi gaul sampai rata. Masa gaul nie berpeluh jugak oi. |
Masukkan 1/2 bekas cream cheese tadi dalam oreo hancur dan gaul sampai rata supaya sebati. Nak pakai sudu boleh, nak pakai tangan pun boleh, tapi sebaiknya masa ni pakailah sudu dulu takut banyak melekat kat tangan je cheese tu nanti.
![]() |
| 40 pieces sekali acuan |
Masa ni korang bolehlah pakai tangan sebab nak golek-golekkan adunan tu supaya jadi bentuk bola. Saiz tu up to korang. Tapi aku buat sederhana kecil je. Muat-muat mulut je masuk. Bolehlah dapat dalam 40 pieces. Kalau korang buat dapat 40 pieces tu samalah dengan saiz aku buat. Hehe. Sori tak dapat nak bagitau saiz accurate.
![]() |
| Hasil guna garpu, bentuk pun dah jadi creepy |
Masa ni korang cairkan coklat masakan guna double boiled. Bila dah cair korang celup je bebola ni dalam coklat cair tadi. Part yang ni aku kantoi. Maybe coklat aku belum betul-betul cair kot tu yang tak boleh dicelup begitu sahaja. Jadi aku pun fed up, guna garpu golek-golek dalam coklat tu pastu susun balik kat plastik. Tu pasal bentuk dia creepy sikit. Haha.
![]() |
| Bila dah siap nampak cantik jugalah. Hahaha. |
Biarkan dalam 15 minit coklat pun dah mula keras. Jadi biarkan semua keras dulu baru masuk dalam fridge. Makan sejuk-sejuk sedap sikit. Lepas tu dah boleh dah hidang. Siap!









0 comments: