personal

Selamat hari lahir Sayang

5:03:00 PM Unknown 1 Comments


19 April 2016



17 April 2016, dua hari sudah berlalu tarikh lahirmu itu. Jika kau masih ada, bermakna sudah 27 tahun 2 hari umurmu sayang. Tetapi, takdir Allah menetapkan kau untuk hidup cukup sehingga 26 tahun sahaja dan kau kekal 26 selamanya dalam hatiku.

Tahun lalu, kali pertama kita meraikan hari lahir kita bersama tetapi nampaknya itulah kali pertama dan terakhir. Senyummu kala itu sangat menunjukkan kebahagiaan, begitu juga aku. Tapi siapalah kita untuk menentang takdir Ilahi. Walau hatiku masih lagi menangisi kehilanganmu tetapi aku belajar untuk redha dan perlahan-lahan melepaskan kau dari dalam hatiku.

Inilah perpisahan paling lama denganmu. Dahulu, acapkali juga kau akan meluahkan perasaan rindumu dan menantikan kepulanganku dengan penuh gembira. Kini, aku memujuk hati bahawa kita bukan berpisah selamanya. Suatu hari nanti, kau akan hadir dalam bentuk yang lebih baik, baik kesihatan, baik perilaku dan baik agamamu agar dapat memimpin tanganku ke syurga bersama.


Aminnnn... Alfatihah.

1 comments:

personal

Hb yana!

12:53:00 AM Unknown 0 Comments


10 April 2016


Aku tahu hari jadi sudah 10 hari berlalu. Tetapi hari ini satu kejutan dari roommateku sendiri membuatkan aku membuka kembali kisah hari jadiku. Aku mendapat kek hari jadiku selepas 10 hari. Daripada roommateku.

Walau hanya satu slice kek sahaja tetapi perasaan itu terlalu berharga. Ibarat kanak-kanak mendapat gula-gula. Sungguh. Perasaan sayu dan gembira. Selepas Mr. R pergi, selain dari familiku tiada lagi sesiapa yang dapat aku kongsi kegembiraan hari lahirku.

Rindu.. sungguh aku rindu kenangan bersamanya.. Dan kepadaMu YaAllah, aku bersyukur atas segala kebahagiaan yang telah Kau berikan kepadaku.

0 comments:

motivasi

Mencari kesempurnaan

1:11:00 PM Unknown 1 Comments

7 April 2016



Di kala aku sendirian, tak dinafikan aku akan dihimpit rasa sunyi. Ingin mencintai dan dicintai. Aku cuba mencari teman pengganti. Namun, seringkali aku kecewa dengan kehadiran mereka. Seakan aku mencari kesempurnaan dalam diri mereka.

Ya, aku tahu itu silap aku. Mungkin disebabkan pengalaman lalu, tanpa sedar aku telah menetapkan 'benchmark' ke atas pilihan hidup aku. Setelah aku menyedari kesilapan sendiri, aku cuba bertoleransi. Mengikut 'flow' mereka, membuka ruang untuk mengenali dan menerima perwatakan mereka. 

Akan tetapi, aku dihampakan sekali lagi. Berbincang tentang hantaran dan cara hidup dalam perkahwinan cukup untuk aku menilai persepsi dia tentang alam perkahwinan. Aku dan dia tidak serasi. Persepsinya jauh dari persepsiku. Berbincang dengan Epul, Linda dan Fiza memberi aku ruang pemikiran baru terhadap lelaki.

Jadi, aku tekad. Sebelum aku mencari kesempurnaan dari orang lain, lebih baik aku menyempurnakan diri aku sendiri. Kerjaya, tanggungjwab terhadap ibubapaku, diri sendiri dan agama. Biarlah dengan kesempurnaan ini, kesempunaan dari yang lain datang mengisi ruang-ruang dalam diri aku yang belum sempurna lagi. InsyaAllah.

1 comments:

motivasi

Motivasi: Berfikir positif (Chicken Soup for the Soul)

10:25:00 PM Unknown 0 Comments


6 April 2016

Kata-kata yang mengubah hidupku

Aku baru sahaja membaca sebahagian daripada buku Chicken Soup ini. "Bahagian Kata-kata yang mengubah hidup saya". Apa yang dapat aku rumuskan dari bahagian ini adalah kata-kata daripada mereka yang melalui pengalaman tersebut sudah cukup menggambarkan apa yang mereka lalui. Tiga kisah yang dapatku kongsi adalah yang paling berkesan buatku.

Kisah pertama dalam bahagian ini menceritakan tentang seorang lelaki yang kurang bernasib dalam bidang lakonan dan menjumpai buku yang mengubah nasibnya. Dengan mengikut apa yang disarankan dalam buku tersebut, lelaki tersebut mula mengubah nasibnya dengan berpindah ke New York dan melakukan pelbagai kerja. Bertemu semula dengan penulis asal buku tersebut, beliau menjadikan penulis itu sebagai idola. Apabila dia di dalam keadaan kusut, dia akan membaca semula buku-buku karya idolanya itu. Dengan sedikit kesabaran dan bersikap positif, usaha yang dilakukan pasti membuahkan hasil akhirnya.

"Kebal! Tidak kalah! Itulah diri kita yang sebenarnya"

Kisah kedua menceritakan mengenai seorang gadis yang tidak menyangka akan pulang ke rumah orang tuanya semula setelah pelbagai permohonan ke belajar ke luar negara dan kolej-kolej pascagraduan tidak diterima. Merasakan dirinya seorang "loser" apabila akhirnya dia pulang ke rumah orang tuanya. Namun, beliau mengubah mindsetnya dengan mula melakukan perkara-perkara yang berfaedah dengan melawat dan mendengar cerita dari datuknya, menjalani kehidupan sihat, mejadi tutor dan teknik menulis kepada kanak-kanak dan menjadi sukarelawan serta menulis. Dengan berfikiran positif bahawa semua yang berlaku adalah ketentuan dan ada hikmahnya, beliau berjaya mencapai kejayaan.

"Semua yang berlaku itu ada sebabnya"
"Jadikan setiap hari sebagai sebuah mahakarya"

*to be continued*

0 comments:

personal

Janji yang tak tertunai

1:42:00 PM Unknown 0 Comments


6 April 2016




Pagi tadi aku selesai berjumpa supervisor dan kubaca padanya 3 muka surat sahaja. Janjiku kepada diriku sendiri, aku akan menyiapkan pengajianku paling lewat hujung bulan Mac, tapi sekarang pun masih belum siap lagi. Kukira masih ada lagi 90 muka surat yang belum disiapkan. 

Aku buntu. Janjiku kepada kedua ibubapaku pula pertengahan April ini. Tinggal 11 hari lagi untuk aku menyiapkan 90 muka surat yang terbengkalai itu. Bagaimana mungkin? Sedangkan menyiapkan dua muka surat sahaja aku perlukan 5 hari. Kalau 90 muka surat mungkin 3 bulan lagi.

Aku buntu. Tak tahulah janji itu dapat tertunai atau tidak. Yang kutahu sekarang, aku sedang gigih berusaha menyiapkan thesis ini. Bilangan orang yang bertanya sudah tak terkira. Menambahkan lagi tekanan dalam diri. Arggghhh... Jika kuambil pusing setiap pertanyaan memang tak ke manalah aku.

Aku tekad. Biarlah orang mengata. Janji aku tahu aku sedang berusaha. Berusaha menggerakkan seluruh sendi dan urat saraf. Memekakkan telinga dan membutakan hati. Kerana aku tahu, bukan mereka yang menyiapkan thesis aku dengan pertanyaan mereka. 

0 comments:

resepi

Resepi Oreo Ball

10:20:00 PM Unknown 0 Comments


Bahan-bahan:
2     bungkus oreo
1/2  bekas cream cheese
1/2  plastik bar coklat masakan (ikut keperluan )

Oreo yang dihancurkan pakai anak lesung batu
Hancurkan jadi kecil-kecil. Tak payah sampai jadi serbuk sangat
Hancurkan biskut oreo tu. Senang kalau pakai plastik besar, 2 bungkus oreo boleh kasi pecah terus, tapi kalau takda buat sebungkus-sebungkuslah ye. Masa hancurkan jangan ganas sangat ketuk pelan-pelan pakai anak lesung batu supaya plastik tak pecah. Karang berterabur I tak tanggung. Dah hancurkan masukkan dalam mangkuk besar.

1/2 bekas cream cheese je pun dah cukup
Kasi gaul sampai rata. Masa gaul nie berpeluh jugak oi.
Masukkan 1/2 bekas cream cheese tadi dalam oreo hancur dan gaul sampai rata supaya sebati. Nak pakai sudu boleh, nak pakai tangan pun boleh, tapi sebaiknya masa ni pakailah sudu dulu takut banyak melekat kat tangan je cheese tu nanti.

40 pieces sekali acuan
Masa ni korang bolehlah pakai tangan sebab nak golek-golekkan adunan tu supaya jadi bentuk bola. Saiz tu up to korang. Tapi aku buat sederhana kecil je. Muat-muat mulut je masuk. Bolehlah dapat dalam 40 pieces. Kalau korang buat dapat 40 pieces tu samalah dengan saiz aku buat. Hehe. Sori tak dapat nak bagitau saiz accurate.

Hasil guna garpu, bentuk pun dah jadi creepy
Masa ni korang cairkan coklat masakan guna double boiled. Bila dah cair korang celup je bebola ni dalam coklat cair tadi. Part yang ni aku kantoi. Maybe coklat aku belum betul-betul cair kot tu yang tak boleh dicelup begitu sahaja. Jadi aku pun fed up, guna garpu golek-golek dalam coklat tu pastu susun balik kat plastik. Tu pasal bentuk dia creepy sikit. Haha. 

Bila dah siap nampak cantik jugalah. Hahaha.
Biarkan dalam 15 minit coklat pun dah mula keras. Jadi biarkan semua keras dulu baru masuk dalam fridge. Makan sejuk-sejuk sedap sikit. Lepas tu dah boleh dah hidang. Siap! 

0 comments:

resepi

Resepi brownies nutella

9:20:00 PM Unknown 0 Comments

Bahan-bahan:
2 biji telur
1 1/2 cawan nutella
1/2 cawan tepung gandum

Pukul semua bahan di dalam sebuah mangkuk besar dimulai dengan tepung dan telur. Kemudian masukkan coklat nutella sedikit demi sedikit sehingga rata dan sebati. Brownies tidak perlu dipukul sehingga kembang. 

Panaskan ketuhar dengan suhu 180'C-190'C selama 5 minit sebelum memasukkan acuan.Pindahkan  acuan brownies ke dalam loyang dan bakar dengan suhu yang sama selama 15 hingga 30 minit bergantung kepada tahap masak kek tersebut.

Siap dihidang. Boleh dinikmati dengan ais krim vanilla atau caramel dan milo tabur.

0 comments:

tips

Tips menabung untuk kahwin

8:20:00 PM Unknown 0 Comments


5 April 2016




Assalamualaikum, hai korang! Hari ni nak share tips perkahwinan. Aku tak tau orang lain macam mana tapi aku dengan Mr. R menabung untuk kahwin dan lepas kahwin nanti. Menabung ni bagus sebab nanti bila kahwin dah tak berhutang tupun kalau terpaksa berhutang pun dalam kadar yang kecil. Sekadar menambah je nanti. Kitorang kalau boleh memang tak mau berhutang untuk kahwin sebab nanti lepas kahwin lagi banyak akan pakai duit menurut pengalaman kawan-kawan aku yang dah kahwin.

Kitorang start menabung masa aku masuk belajar. Aku decide untuk simpan duit lepas aku dapat elaun pertama MyBrain15 tu kira-kira Januari 2013. Start menabung sikit-sikit setakat mana yang termampu. Mula-mula berat jugak rasa tapi bertahan. Mr. R lagi terasa berat sebab dia kerja. Lunch kat luar agak mahal kan. Tapi kitorang sabar alhamdulillah tak berusik lagi duit tu. Cuma aku je kadang-kadang pinjam RM100-RM200 hujung-hujung semester tapi bayar balik bila dapat elaun baru. 

Bagusnya menabung ni bila korang emergency nak pakai duit let say untuk maintenance kereta atau road tax tu, duitnya dah ada. Nanti monthly bayar lebih sikit untuk ganti balik duit yang dipinjam tu kan. Kadang-kadang rasa macam tergugat je hati bila tengok duit banyak dalam akaun. Tapi terpaksa tahan fikir masa depan. Kalau tak, memang dah rembat coach dah masa pergi SOGO hari tu. Haha. Untuk tunang pun kitorang simpan duit jugak. So, masa shopping-shopping tu duitnya dah ada dah dalam tangan. Senang tak payah nak keluar duit sendiri selambak on the spot.

Bagi yang bakal berkahwin atau takda calon lagi tapi memang akan berkahwin, macam mana nak mula menabung ni? Ok, meh aku share sikit cara-caranya.

Tentukan anggaran kos perkahwinan
Ini perkara pertama korang kena buat. Korang kena tanya family sama ada majlis berasingan atau nak adakan majlis sekali. Bagi pasangan yang jauh memang confirmlah kan buat dua majlis berasingan tapi bagi pasangan yang dekat alangkah jimatnya andai dapat berkongsi mengadakan satu majlis sahaja. Lepas korang dah decide macam mana majlis tu nanti, tanya mak ayah korang kos mengadakan majlis tersebut. Kos perkahwinan terletak kepada berapa grand majlis tu bakal diadakan. Kebiasaannya untuk satu majlis anggaran kosnya adlah RM30,000.00

Jumlah simpanan bulanan
Setelah korang mengetahui anggaran kos perkahwinan tersebut, mula mengira berapa anda mampu untuk menyimpan untuk setiap bulan. Tidak salah kiranya korang berkongsi dengan pasangan untuk menyimpan sedikit wang untuk majlis perkahwinan nanti. Sekurang-kurangnya beban tersebut tidak 100% tergalas di bahu pasangan. Lagipun lebih cepat anda kahwin sekiranya simpanan sudah mencukupi. tentukan berapa korang mampu menyimpan untuk dalam masa sebulan dan bila korang akan melangsungkan perkahwinan. Berikut adalah beberapa contoh yang korang boleh gunakan.

Anggaran kos perkahwinan : RM30,000

Cara #1: RM 500 X 2 (anda dan pasangan) x 30 bulan = RM30,000
Dengan cara ini, korang dan pasangan akan menyimpan sebanyak RM500 setiap seorang setiap bulan selama 2 tahun 6 bulan untuk mencapai RM30,000

Cara #2 : RM 600 X 2 (anda dan pasangan)  X 25 bulan = RM30,000
Dengan cara ini, korang dan pasangan harus menyimpan sebanyak RM600 setiap seorang setiap bulan selama 2 tahun dan 1 bulan untuk mencapai RM30,000. Cara ini mungkin lebih cepat tetapi simpanan adalah sedikit tinggi.

Cara #3 : RM 450 X 2 ( anda dan pasangan) X 18 bulan =  RM16,200
Cara ini lebih cepat, korang dan pasangan hanya perlu menyimpan sebanyak RM450 setiap seorang selama 18 bulan dan kos selebihnya ditanggung oleh ahli keluarga yang lain.

Tidak kira cara yang mana sekalipun, korang boleh menyimpan sekadar yang termampu. Tapi, dalam menyimpan ni kesabaran adalah perkara yang paling utama. Sebabnya, korang terpaksa mengorbankan sedikit wang gaji untuk disimpan dalam jangka masa yang lama. Lagi pula, bila duit dah beranak dalam akaun tu, korang akan diuji nafsu untuk menggunakannya. Jadi, sila bersabar ye.

Simpan dalam akaun yang susah untuk keluarkan duit
Bila korang dah niatkan untuk menyimpan, buka satu akaun untuk simpanan kahwin tersebut. Korang boleh menyimpan samada dalam ASB atau Tabung Haji yang boleh mendapat pulangan dividen dari simpanan korang tu nanti ataupun simpan dalam bank biasa. Tapi kalau korang simpan dalam bank biasa, pastikan korang pakai buku simpanan instead of kad ATM. Kalau ada kad ATM ni selalulah nanti nak keluarkan. Kalau buku simpanan still boleh keluarkan tapi leceh sikitlah. Jadi, aku galakkan korang supaya simpan dalam amanah saham macam ASB supaya duit korang terjamin.

Beristiqomah dalam menyimpan
Korang harus beristiqomah untuk simpan duit. Jangan ngelat-ngelat. Bulan ni simpan bulan depan skip. Memang kadang-kadang kita sesak tapi jangan skip simpan duit walaupun sedikit. Amalkan tabiat untuk menyimpan dan kurangkan tabiat berbelanja berlebihan. Melainkan korang terpaksa melalui kes emergency macam kereta rosak bulan tersebut atau terpaksa renew road tax. Korang kena berusaha untuk mengganti balik jumlah yang korang pinjam dari bank simpan kahwin tersebut. Ini pun untuk kebaikan korang dan pasangan masa majlis nanti. Takut bila sampai masanya, duit short gila-gila. Kan dah terpaksa tunda pulak.

Keluarkan duit sedikit demi sedikit semasa berbelanja untuk persiapan perkahwinan
Masa nak beli barang-barang persiapan mestilah rasa excited kan? Semua benda pun nak beli. Jadi, untuk menghadkan rambang mata, Keluarkan duit simpanan sedikit demi sedikit supaya korang tak terbeli barang bukan-bukan. Siapakn list dan bergantung hanya pada list tersebut semasa berbelanja. Keluarkan duit pun berdasarkan list tersebut sahaja. Korang boleh survey dahulu barang-barang apa yang penting dan harganya then baru beli. Jangan survey masa tengah bawak duit banyak sebab dikhuatiri bajet akan lari. Berbalanjalah dengan bijak ye.

Cukuplah kot setakat tu, Aku nak share pulak tips nak meningkatkan simpanan.

Tips-tips untuk meningkatkan simpanan

Kurangkan berdating
Mungkin kedengaran agak kejam tapi sekiranya korang betul-betul dah nak kahwin apa salahnya kalau kurangkan berdating. Sekali dating dah berapa banyak perbelanjaan kat situ. Makan, shopping sikit, tengok wayang, minyak kereta/motor. Kurang-kurang pun dekat RM50 hingga RM100. Kalau dah sepuluh kali dah RM500-RM1000. Banyak tu. Jadi, kurang-kurangkan dating boleh jimat dan insyaAllah bertambah seri masa majlis nanti. Hehe.

Kurangkan bershopping
Ok, yang ni kalau shoppaholic memang agak payah sikit. Sebab, dorang ni memang kaki shopping. Nampak je barang baru mesti nak beli. Jadi, apa kata korang duduk je rumah setiap weekend jangan keluar. Kalau keluar pun jangan bawak duit banyak. Dengan itu, korang tak boleh bershopping barang yang tak diperlukan.

Makan di rumah
Biasanya kalau makan kat luar, paling koman pun sekali makan RM7-RM8. Dalam sebulan mau dekat RM300. Kalau korang masak kat rumah, boleh jimat banyak sangat. Dengan RM50, korang boleh beli beras, ikan, telur, sardin dan boleh bertahan seminggu atau 2 minggu. Di samping tu, korang boleh praktis memasak berguna untuk lepas kahwin nanti tau. Haa, apa lagi, belajarlah memasak sekarang. 

Cari pendapatan sampingan
Sekarang dah ramai orang buat part time job untuk tambah pendapatan dorang. Korang pun boleh start buat bisnes korang sendiri. Cari apa-apa bisnes yang berkenan kat hati dan mula usahakannya. Korang boleh buat online bisnes atau jual secara direct. Gunakan kreativiti anda dalam berbisnes. 9?10 punca pendapatan adalah dari perniagaan. Jadi, korang boleh latih diri jadi usahawan selain menyimpan untuk kahwin. Serampang dua mata gitu. InsyaAllah, usaha korang akan diberkati jika niat baik.

Tu antara tips-tips yang korang boleh praktis sebagai guide korang supaya menabung untuk kahwin. Kenapa kena menabung? Supaya korang boleh latih diri bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Jangan amalkan bersenang-senang dahulu, jatuh lingkup di kemudian hari. Kalau korang menabung, usahakan untuk menabung sehingga selepas majlis perkahwinan. Jangan gunakan semua duit yang ada untuk majlis. Sebaiknya simpan sedikit untuk korang mulakan hidup berumah tangga nanti. Walaupun aku pun belum kahwin, tapi bila tanya experience kawan-kawan yang dah berkahwin, beberapa bulan semasa nak memulakan alam rumah tangga tu memang banyak sangat pakai duit. Silap-silap kalau tak sabar boleh bergaduh sebab duit. Jadi, mulalah menyimpan supaya senang di kemudian hari InsyaAllah. Semoga usaha kita diberkati Allah. 



*Update 5 April 2016: Post ni adalah post yang aku copy paste dari blog lama aku dulu. Sekarang semua tinggal kenangan. Mr R pun dah 7 bulan mengadap Ilahi. Alfatihah.

0 comments:

motivasi

Setiap hari adalah permulaan

11:48:00 AM Unknown 0 Comments


5 April 2016




Jika semalam, post aku lebih menjurus kepada luahan rasa dan kenangan waktu silam, hari ini aku rasa seperti baru dilahirkan. Tanpa ada niat untuk mengenang apa yang mengingatkan aku pada hari semalam, hari ini aku bangun dengan lebih berkeyakinan. Berkeyakinan bahawa aku masih diberi peluang untuk memulakan sesuatu perkara baru dalam hidup.

Ya, setiap dari kita memang akan dicuit ingatan masa dahulu. Membuatkan kita berhenti sejenak dari apa yang sedang kita kerjakan dan kembali ke waktu itu. Bagi aku, tidak salah rasanya untuk melayani seketika perasaan itu kerana aku percaya ia membuatkan kita terfikir, apakah iktibar yang boleh aku kutip dari kenangan itu. Baik buruknya untuk peganganku di masa hadapan.

Hari ini, keazaman untuk hidup lebih indah lebih kuat. Hidup terlalu indah untuk disia-siakan. Hari ini aku bangkit dari hari semalam dan hidup untuk menjadi seorang insan bukan sebagai mayat.

0 comments:

personal

Di hari lahirku

3:47:00 PM Unknown 0 Comments


4 April 2016




1 April 2016, ya itu tarikh kelahiranku pada tahun ini. Jika dahulu, aku menanti dengan penuh keterujaan, tapi kali ini ia seperti hari-hari yang sama dalam hidup selepas dia pergi. Rasa keterujaan itu mati. Namun, mengenangkan mereka yang begitu gembira menghantar kata-kata ucapan indah di hari tersebut, aku menurut sahaja. Melayani dan membalas setiap ucapan dengan penuh senyuman terpaksa.

Tanpa sesiapa di sisi, tambahan aku jauh dari famili rasa itu makin terasa sepi. Makan pagi sendiri, makan tengah hari sendiri dan makan malam juga sendiri. Walau ramai yang mengutus ucapan di alam maya, hakikatnya aku sendiri. Tak mengapalah, umur sebegini bukan lagi waktu untuk mengharap majlis hari jadi besar-besaran tetapi apabila mengenangkan tiada sesiapa di sisi, hati ini jadi pilu namunku pendam sendiri.

Malam itu terasa lebih panjang dari kebiasaan. Ucapan yang biasa kuterima sepanjang tiga tahun lalu tak kunjung tiba. Aku sedar memang mustahil untuk aku terima mesej ucapan hari jadi daripadanya tapi hati ini sentiasa penuh dengan harapan. Jariku lantas menelek gambarnya dan tanpa kuduga, air mata mengalir laju dan semakin laju sehingga tangisan menjadi esakan. Aku tenggelam dalam kerinduan yang sangat mendalam.


Oh tuhan, tolonglah aku.. Berilah kekuatan pada hatiku agar aku redha dengan segala ketentuanMu.

0 comments:

personal

Kenangan itu

1:30:00 PM Unknown 0 Comments

4 April 2016



Kenangan itu hadir di saat aku terbaca satu post Oh Bulan di facebook. "Berharap Mesej Dibalas, Kisah Sayu Kerinduan Isteri terhadap Suami yang Sudah Tiada". Sungguh, sumpah aku juga begitu. Walau sudah 7 bulan berlalu, sepertinya baru semalam kami bertemu dan bertukar mesej penuh gembira. 

Ya, rindu itu masih bersisa. Separuh dari diriku dibawa pergi saat dia pergi. Masih kuingat kali terakhir aku melihat wajah kacaknya. Bagai sedang beradu penuh nyenyak tanpa ada sebarang gangguan dari sesiapa.

Kadang aku boleh terima kenyataan, namun ada suatu ketika air mataku meluru membasahi bantal di malam hari. Di saat kerinduan itu tidak tertanggung lagi, maka tumpahlah ia tanpa dapatku tahan, tanpa dapat kuhalang. 


Dan hari ini, post itu berjaya menumpahkan lagi air mataku. Sesungguhnya, aku rindu kamu sayang..... 

0 comments: